Saturday, 2 November 2019

GM KLANG SHOP CLOSURE SALE

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dengan rasa rendah diri, pihak pengurusan Kraf Ezee ingin memaklumkan cawangan kami di GM Klang akan di tutup pada hujung bulan December 2019 atas sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan. Sehubungan itu kami ingin menjemput warga menjahit dan kraf sekalian untuk datang menghabiskan stok-stok barangan jahitan yang ada di kedai kami di GM Klang. Hanya barangan jahitan dan kraf sahaja yang akan di jual dengan harga tutup kedai. Kami ada banyak stok-stok zip dan lain-lain barangan yang perlu di clearkan dari kedai kami di GM Klang. Barangan ini hanya akan di jual secara walk in shj di GM Klang.

Jadi selepas ini Kraf Ezee hanya akan beroperasi penuh di Bangi sahaja.
Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di talian 012-9289727 (En Rafizi)

Terima kasih


Tuesday, 22 October 2019

TERIMA KASIH DI ATAS PEMBELIAN MESIN JAHIT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Terima kasih kerana support Krafezee 
Customer dari Sunway sanggup datang dari jauh semata2 nak dapatkan mesin jahit JA1450NT tau,
Jadi kami ajar secara percuma pada customer untuk basic cara guna mesin jahit🤭


Dapatkan pelbagai alatan menjahit di kedai kami 


Untuk bantuan pandu lokasi, Waze atau Google Maps Kraf Ezee.


Kami juga boleh dijumpai dikedai maya kami iaitu :-
Website : www.krafezee.com

atau hubungi kami di talian berikut :
0129289727 (Encik Rafizi)
0102219727 (Cik Fara @ Puan Alia)
0382104468 (Kedai di Bangi)

Belajar cara guna mesin jahit portable brother bangi

servis mesin jahit portable juki singer brother

mesin jahit murah dan bagus brother juki singer bangi

Monday, 21 October 2019

KELAS BELAJAR MENJAHIT DAN SULAMAN BERKOMPUTER

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Sukacita kami maklumkan Kraf Ezee akan memulakan kembali kelas-kelas jahitan dan kelas sulaman berkomputer di atas permintaan ramai.

Secara umumnya kami akan memulakan kelas untuk menjahit baju kurung berpesak di mana pelajar akan belajar untuk menjahit baju kurung dari ukuran sehingga siap satu pakaian baju kurung. Kelas akan di ajar oleh tenaga pengajar yang berpengalaman luas di dalam bidang jahitan

Untuk kelas sulaman berkomputer pula, pelajar akan belajar teknik-teknik sulaman menggunakan mesin sulam. Ini bukanlah kelas menggunakan mesin sulam tetapi kelas di mana kami akan menunjukan kan teknik seperti mencantum kerawang dan lain-lain

Untuk permulaan, itu sahaja kelas yang akan kami mulakan. InsyaAllah lebih banyak kelas lain akan kami adakan selepas ini

Untuk melihat tarikh, harga dan keterangan kelas anda boleh klik link berikut:
https://www.krafezee.com/class-and-courses
Untuk pertanyaan lanjut boleh whatsapp atau telefon 012-9289727 @ 010-2219727

Sunday, 20 October 2019

COMMON ROOM UNTUK DISEWA

Lokasi : Aras 3, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor
Kadar : Satu (1) Jam RM50
Satu (1) Hari RM130
(mulai jam 10.00 pagi sehingga 6.00 petang)
Deposit Kebersihan RM50.00 (WAJIB) dan akan dipulangkan dalam
tempoh tiga (3) hari selepas selesai penggunaan tempat DENGAN
SYARAT keadaan kelas bersih dan tiada kerosakan.
Kemudahan Asas Pakej:
1. Berhawa dingin
2. Meja & Kerusi
3. White Board
4. Dua (2) tandas duduk dan sinki
5. Ruang Solat
Sewaan Lain-lain (atas permintaan pelanggan)
1. LCD Projector; dan
2. Mesin Jahit
Untuk Perhatian:
1. Tempahan boleh dibuat dalam selewat-lewatnya Tujuh (7) hari dari tarikh program dan pembayaran deposit 50% dari harga Jam atau Hari yang hendak disewa perlu dikemukakan terlebih dahulu.
2. Tiga (3) hari sebelum program, bayaran sepenuhnya termasuk caj Deposit Kebersihan perlu dilunaskan terlebih dahulu. Sekiranya tiada bayaran penuh, penggunaan Common Room adalah tidak dibenarkan.
3. Sekiranya pelanggan ingin membatalkan tempahan, makluman selewat-lewatnya Tiga (3) hari sebelum tarikh program. Kegagalan memaklumkan dalam tempoh ini akan menyebabkan deposit tidak dipulangkan.
Jika berminat boleh hubungi kami di talian 012-9289727 atau 010-2219727



Tuesday, 15 October 2019

PENGHANTARAN MESIN JAHIT INDUSTRI

Alhamdulillah penghantaran mesin jahit industri jenama Typical dan Gemsy selesai dilakukan

Seperti biasa kami pasang sendiri dan hantar mesin jahit industri kepada pelanggan, Tunjuk ajar cara guna mesin juga ada kami lakukan sebaik sahaja mesin jahit di hantar. Dan yang paling best kami ada spare part dan buat servis sendiri untuk mesin jahit industri.

Hubungi kami ye jika berminat

www.krafezee.com
012-9289727 @ 010-2219727

Penghantaran mesin jahit industri juki gemsy typical

servis mesin jahit industri bangi selangor

pembekal mesin jahit industri murah juki singer

Sunday, 22 September 2019

PATCH SULAMAN BENDERA MALAYSIA DAN NEGERI

Assalamualaikum

Kami sekarang produce sendiri patch sulaman bendera Malaysia dan lain-lain negeri. Yang kami akan ready stock di kedai adalah patch sulaman berikut

MALAYSIA
JOHOR
NEGERI SEMBILAN
MELAKA
SELANGOR
PAHANG
TERENGGANU
KELANTAN
PERLIS
KEDAH
PULAU PINANG
PERAK
SABAH
SARAWAK

Sizenya pula ialah 60 mm lebar x 35 mm tinggi. Harganya setiap satu ialah RM6.50. Patch sulaman ini semuanya ada iron on gam di belakang jadi hanya perlu seterika sahaja untuk lekatkan di pakaian anda. Nak jahit pon boleh juga

Jika nak buat custom size pon boleh juga. Hubungi kami di 012-9289727 untuk maklumat lanjut.

Terima kasih


Friday, 26 July 2019

CARA GUNA TAPAK BINDING FEET MESIN JAHIT INDUSTRI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Jika anda nak jahit biasa tape and nak buat kelim lipatan yang agak lebar dengan menggunakan mesin jahit lurus industri, anda boleh menggunakan tapak binding feet berikut. Cara penggunaannya mudah sahaja

www.krafezee.com





GM KLANG SHOP CLOSURE SALE

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Dengan rasa rendah diri, pihak pengurusan Kraf Ezee ingin memaklumkan cawangan kami di GM Klang aka...